BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN
INDUSTRI
3.1 PENGENALAN
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang
ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam
bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyeliai. Setiap aktiviti atau
tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian. Oleh itu,
bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktiviti dan tugas saya
yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri pada satu semester
iaitu dua puluh minggu. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari
minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan
dalam seminggu di sampingakan memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam
seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti
yang diumum oleh pihak syarikat. Dalam menjalani latihan industri, saya telah
di dedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang
telah dipelajari di politeknik, saya juga telah didedahkan dengan
peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali
saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri. Ketika
menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian perancangan rangkaian yang lebih
kepada kerja-kerja perancangan. Setiap pekerjaan yang ditugaskan telah dijadualkan oleh pengurus untuk memudahkan tugas seterusnya pada setiap hari melakukan kerja ( upgrade data traffic ) ianya bermaksud
membuat naik taraf data rangkaian secara berjadual yang
telah ditetapkan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa
selama 9 jam sehari, bermula dari jam 09.00 a.m – 06.00 p.m setiap hari bermula
dari hari Isnin – Jumaat. Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya
menjalani latihan industri selama 20 minggu.